Apa itu sistem koordinasi ?
APAKAH SISTEM KOORDINASI
- Sistem organ yang saling bekerja sama secara efisien untuk melakukan fungsi tertentu.
Terdiri daripada dua bahagian :
A) Sistem saraf
B) Sistem hormon.
(A)Sistem saraf
- Sistem kawalan dalam badan untuk menghantar saraf impuls atau maklumat ke saraf pusat. Penyampaian maklumat ini untuk memberi rangsangan terhadap sesuatu tindakan. Unit terkecil pelaksanaan sistem saraf ini adalah sel saraf ataupun neuron
Sistem saraf terdiri daripada dua bahagian :
i) Sistem saraf pusat
- Otak ( sistem otak , cerebrum , cerebellum , diencephalon )
- Saraf tunjang ( Membawa maklumat ke otak. Sebarang kerosakan kepada mana-mana saraf tunjang menyebabkan sensori atau saraf motor tidak dihantar ke otak.)
ii) Sistem saraf periferal
- Sistem saraf somatik untuk merasakan rangsangan luaran. Pengecutan otot dilakukan secara sedar. Semua pancaindera dikendalikan oleh sistem ini.
- Sistem saraf autonomik untuk menerima rangsangan dalaman seperti degupan jantung dan pengeluaran glukosa daripada hati. Sistem penyelenggaraan homeostasis dalam tubuh badan.
Sistem autonomik terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
- Simpatetik - Aktif dalam badan ketika dalam keadaan kecemasan. Menggunakan konsep "flight or fight or freeze". (merembeskan hormon adrenaline) .
- Parasimpatetik - Mengawal menstabilkan keadaan dalam badan. Menggunakan konsep "rest and digest" ( merembeskan hormon noradrenaline)
(B) SISTEM HORMON
- Hormon dihasilkan oleh kelenjar endokrin apabila ada rangsangan yang sesuai dan berfungsi mengatur metabolisma , pertumbuhan , perkembangan , reproduksi dan tingkah laku.
SISTEM ENDOKRIN |
Peranan endokrin dan hormon
- Mengawal aktiviti kelenjar tubuh badan
- Menghasilkan hormon-hormon yang diperlukan oleh organ-organ tertentu.
- Menstabilkan sistem homeostasis dalam tubuh badan
Kelenjar-kelenjar yang terlibat dalam badan
a) Kelenjar hipotalamus
- Ketua bagi segala kelenjar.
- Bekerjasama dengan kelenjar lain utk mengendalikan organ tubuh badan
b) Kelenjar tiroid
- Dibagian depan leher atau bagian depan kerongkongan
- Mengatur pertumbuhan dan perkembangan tubuh manusia
c) Kelenjar Paratiroid
- Melakukan keseimbangan kalsium dalam darah dan juga mengatur metabolisme
d) Kelenjar Pankreas
- Sel Alpha menghasilkan hormon glukagon iaitu penghasilan glukosa dalam darah
- Sel Beta menghasilkan hormon insulin yang menurunkan glukosa dalam darah.
e) Kelenjar Gonad ( Kelenjar Reproduksi)
- Perempuan
- Menghasilkan hormon progesteron - Pertumbuhan dan perkembangan alat reproduksi sekunder wanita seperti perkembangan payudara, perkembangan pinggul.
- Menghasilkan hormon estrogen - Perkembangan dan pertumbuhan alat reproduksi primer wanita, seperti perkembangan uterus
- Lelaki
- Menghasilkan hormon androgen - Pertumbuhan dan perkembangan primer pada lelaki, seperti pembentukan sperma.
- Menghasilkan hormon testosteron - Pertumbuhan dan perkembangan sekunder lelaki, seperti perubahan suara.
Comments
Post a Comment