PERBEZAAN LATIHAN AEROBIK DAN LATIHAN ANAEROBIK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ,

Terdapat dua jenis latihan yang utama :
1) Latihan anaerobik - Aktiviti yang tidak menggunakan oksigen dalam penghasilan tenaga

2) Latihan aerobik - Aktivit yang menggunakan oksigen dalam penghasilan tenaga.


LATIHAN ANAEROBIK

- Menggunakan electron transport chain tetapi tidak menggunakan oksigen sebagai electon acceptor.

- Menghasilkan lactic acid

-Produk yang terhasil = Lactic acid , tenaga , etanol dan karbon dioksida.

- Jumlah tenaga yang dihasilkan : 120kJ/ mol glukosa



- Latihan berintensiti yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat dan berlaku metabolisme anaerobik. (larian 100meter , angkat berat , berenang 100meter)

- Atlet yang melibatkan tempoh masa yang singkat.

- Tidak menggunakan oksigen untuk penghasilan ATP

- Terdapat dua jenis metabolisme anaerobik :
   - Sistem ATP-PC
   - Sistem Glikolisis

-Meningkatkan kekuatan , kelajuan , kuasa dan saiz otot seseorang atlet mengikut keperluan sukan yang diceburi.
    - Latihan jeda jarak sederhana dan dekat
    - Latihan pecutan berulang
    - Latihan pliometrik

-Latihan jeda ( Jeda jarak sederhana dan dekat) :
    - Memberi peluang kepada otot untuk menghasilkan ATP
    - Melambatkan proses kelesuan
    - Contoh preskripsi latihan jeda jarak sederhana (4x400meter  x 3set )
    - Contoh latihan jeda jarak dekat (4x80meter x 4set)

-Latihan pecutan berulang :
    - Diselang selikan dengan jeda dan rehat agar penghasilan ATP berjalan lancar
    - Latihan diberhentikan jika masa larian yang dilakukan sudah mencapai sasaran.

-Latihan pliometik :
    - Pergerakan otot isomoterik  yang berlebihan yang menyebabkan regangan refleks pada otot
    - Latihan yang menggunakan pergerakan otot bertindak balas ke atas beban dan menghasilkan kuasa atau beban.
    - Contoh latihan ( Lompat sebelah kaki ,larian lutut tinggi , lompat tali)


- Pergerakan anaerobik yang mempunyai kuasa (power) yang tinggi :
   -Penghasilan daya yang tinggi dan cepat

- Latihan anaerobik membantu dalam :
    - Kekuatan otot
    - Kelajuan
    - Daya tahan otot
    - Kuasa
    - Ketangkasan








LATIHAN AEROBIK

- Menggunakan oksigen untuk memecahkan glukosa dalam badan

- Tidak menghasilkan lactic acid

- Karbon dioksida , air dan tenaga

- Jumlah tenaga yang dihasilkan 2900kJ/mol glukosa 




- Latihan yang berintensiti rendah dan dijalankan dalam tempoh masa yang lama.

- Meningkatkan penggunaan oksigen dalam badan (oxygen consumption)

- Menggunakan oksigen untuk penghasilan ATP melalui proses metabolisme

- Metabolisme aerobic adalah :
    - Oxidative Phosphorylation
          - Kreb Cycle
          - Electron Transport Chain

- Latihan aerobik = Keupayaan kardiovaskular

- Latihan berterusan = Latihan yang meningkatkan aerobik menggunakan konsep FITT

F : Frequency ( Proses latihan tidak kurang 3kali seminggu)
I : Intensity ( Kadar denyutan nadi dapat dilajukan dan diperlahankan dengan aktiviti dilakukan)
T : Type ( Jenis latihan yang digunakan seperti latihan litar , latihan fartlek dan latihan interval)
T : Time ( Semakin tempoh latihan semakin tinggi kadar peningkatan aerobik )

- Terdapat 3 komponen fisiologikal
    - Kadar denyutan nadi
    - Meningkatan stroke volume
    - Meningkatkan cardiac output

-Kaedah latihan aerobik :
    - Latihan jarak jauh perlahan ( Tempoh masa larian dan bukannya kelajuan)
    - Latihan fartlek ( Meningkatkan daya tahan otot )
    - Latihan jeda jarak jauh  ( Mempunyai jeda kerja dan jeda rehat )








Comments

Popular posts from this blog

Apa itu sistem koordinasi ?

OTAK